Senyuman itu sedekah,
Senyum adalah sifat dan nilai keperibadian seorang insan yang mulia,
Senyuman adalah penawar yang mujarab,
Senyuman membisikkan doa selamat,
Senyuman membuahkan perasaan kasih sayang,
Senyuman adalah kunci kedamaian.
Tuesday, February 16, 2010
RENUNG-RENUNGKAN LAH.....
Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya........
10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI
- Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Tuhan adalah sama seperti orang lain.
- Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
- Apa kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
- Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
- Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
- Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
- Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
- Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.Jangan terlalu kaku.
- Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
- Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan tugas.
PROGRAM BULAN FEBRUARI
AKU JANJI MURID TINGKATAN 3 & 5
Tarikh : 9 Februari 2010 (Tingkatan 3)
11 Februari 2010 (Tingkatan 5)
Dikendalikan oleh : Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff, GC Bimbingan dan Kaunseling, Pn. Lim Yoke Moi, Guru Kaunseling, Cik Norhayati bt. Ismail dan Cik Nurhamizah bt. Mustafa, Guru Pelatih Kaunseling
Program dimulakan dengan ceramah oleh En. Abdul Jani bin Md Tahar. Datin Hjh Hadijah bt. Amir, Pengetua SMK Alor Akar meneruskan program dengan menunjukkan profil sekolah serta 'ranking' murid mengikut aliran agar murid lebih bersedia untuk mencapai target...Datin pengetua juga memberikan kata-kata semangat kepada murid agar mereka lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan.Setelah mendengar amanat yang diberikan oleh Datin Pengetua, murid telah menandatangani borang aku janji di hadapan Datin Pengetua...Borang tersebut telah ditulis TOV dan target murid...Semoga anak-anak didik yang dikasihi mencapai target yang telah dibuat...
Terima kasih atas kerjasama daripada guru-guru yang telah bersama-sama dengan murid-murid sepanjang program ini dijalankan..
SOKONGAN DAN DOA DARIPADA GURU-GURU SENTIASA BERSAMA ANAK-ANAK DIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN...SEMOGA KALIAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN SAHSIAH....
Sunday, February 7, 2010
AKTIVITI BULAN JANUARI 2010
CERAMAH PERSEDIAAN DAN MOTIVASI DIRI MURID TINGKATAN 1
28 JANUARI 2010
Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff. Input yang diberikan adalah berkaitan dengan cabaran berada di sekolah menengah dan berkaitan dengan alam remaja....
Semoga ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada murid tingkatan 1 dalam mengharungi kehidupan sebagai murid di sekolah menengah dan menempuh alam remaja....
AKTIVITI BULAN JANUARI 2010
CERAMAH DASAR MERITOKRASI, HALA TUJU DAN MOTIVASI AWAL MURID TINGKATAN 5 DAN PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS
19 JANUARI 2010
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff. Semoga segala input yang diberi dapat menjadi panduan kepada semua murid tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 6 Atas. Pengisian ceramah meliputi dasar meritokrasi, cara pengiraan merit, hala tuju selepas SPM dan STPM berdasarkan subjek yang diambil, berkaitan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak JPA dan meningkatkan motivasi diri murid.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menjayakan program ini....
19 JANUARI 2010
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff. Semoga segala input yang diberi dapat menjadi panduan kepada semua murid tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 6 Atas. Pengisian ceramah meliputi dasar meritokrasi, cara pengiraan merit, hala tuju selepas SPM dan STPM berdasarkan subjek yang diambil, berkaitan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak JPA dan meningkatkan motivasi diri murid.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menjayakan program ini....
AKTIVITI BULAN JANUARI 2010
MINGGU ORIENTASI MURID TINGKATAN 1
5 - 7 Januari 2010
Dikendalikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama "Facilitator Team SMK Alor Akar" (FT SMKAA)....Terima kasih FT SMKAA..."GOOD JOB"...
Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini...
Semoga murid tingkatan 1 menjadi murid yang sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dan mengharumkan nama ibu bapa, guru dan sekolah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...
-
Seekor kura-kura dan arnab telah mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan berlari sejauh 3000 meter. Kedua-dua mereka perlu berehat...
-
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DEFINISI KOMUNIKASI Proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej. Proses di mana manusia berkongsi at...