Wednesday, January 11, 2017

KEMAHIRAN BELAJAR



APA ITU KEMAHIRAN BELAJAR?

Menurut Kamus Dewan (1996) ‘Kemahiran’ ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian. ‘Belajar’ pula diertikan sebagai ‘usaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu atau menjalani latihan’ dan sebagainya. Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran belajar adalah ‘kecekapan dan usaha `gigih untuk memperolehi ilmu pengetahuan’.
Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula daripada menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya  memproses maklumat. Kemahiran belajar juga merupakan kemahiran asas kepada seseorang untuk menerokai dan menguasai ilmu yang dipelajarinya. Oleh yang demikian, setiap pendidik perlulah menguasai ilmu Kemahiran Belajar sebelum beliau sendiri dapat mencurahkan ilmu kepada para pelajar. 
Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang dipraktikkan oleh pelajar  bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran. Kajian Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka.
Selain itu, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif ialah apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Di samping itu, Selmes (1987) menyatakan bahawa  Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar bererti kebolehan atau kecekapan yang patut dikuasai oleh setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...