Saturday, January 2, 2010

BERLUMBA DENGAN ZAMAN

Vincent Van Gogh dilahirkan pada tahun 1853 dan meninggal dunia pada tahun 1890. Bagi orang yang belajar bidang seni lukis atau meminati lukisan pasti pernah terdengar akan nama ini. Van Gogh merupakan salah seorang pelukis yang tersohor sehingga kini. Namun kemasyhuran yang beliau kecapi hanya selepas kematiannya. Semasa hayatnya karya-karya beliau kurang mendapat pengiktirafan. Selepas kematiannya, karya beliau dinilai sebagai luar biasa dan harganya kini mencecah jutaan ringgit.

Hal yang sama juga berlaku di Malausia. P.Ramlee, contohnya sebahagian besar karya-karya beliau kini dianggap sebagai lagenda dalam bidang perfileman. Malah beliau beroleh gelaran Tan Sri selepas bertahun-tahun meninggalkan kita.

Dua contoh di atas merupakan sebahagian daripada ratusan senarai manusia yang disifatkan luar biasa dan berfikiran jauh ke hadapan berbanding orang lain. Sebut sahaja nama seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Galileo, Leonardo da Vinci dan sebagainya, mereka bukan sahaja mendahului zaman bahkan, hasil idea mereka telah dimajukan dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari masyarakat zaman ini.

Bagaimanakah untuk menjadi seperti tokoh tersebut? Salah satu caranya ialah dengan ilmu. Walau bagaimanapun ilmu sahaja belum tentu menjamin kejayaan jika tidak disertai dengan usaha yang kuat dan keinginan yang jitu. Usaha dan keinginan perlu disokong pula oelh keadaan persekitarannya, yakni masyarakat yang ada di sekeliling kita. Manusia yang hebat seperti ini hanya boleh dilahirkan jika masyarakat di sekelilingnya juga mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan erti kata lain kejayaan tokoh-tokoh tersebut kerana mereka hidup pada zaman orang mencintai ilmu lebih daripada segala-galanya.

Jika anda melihat negara Jepun, anda akan menemukan sederet nama-nama seperti Honda, Mitsubishi, Toyota, dan pelbagai nama lagi yang berjaya menguasai ekonomi dunia. Kejayaan mereka di doroang oleh sifat masyarakat Jepun yang taksub dengan ilmu, kerja kuat, dan semangat untuk memajukan negara, di samping polisi dan sokongan kerajaan terhadap apa-apa juga industri. Maka tidak hairanlah dalam tempoh yang singkat Jepun berjaya menjadi gergasi dalam ekonomi dunia.

Berbalik kepada kisah manusia luar biasa tadi, yang berkemampuan berfikir mendahului zamannya, kebiasaannya mereka sering dikritik ketika hidupnya kerana idea-idea yang dikemukakan agak pelik atau lebih tepat lagi 'tidak masuk akal'. Sebagaimana Yang Amat Berhormat Dato' Dr. Mahadhir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang sering dikritik oleh masyarakat antarabangsa tentang gagasan dan pemikirannya, namun idea tersebut sebenarnya baik dan boleh dilaksanakan.

Bagi umat Islam pula, kitab Al-Quran merupakan rujukan yang mendahului zamannya. Sebagai contoh, dalam bidang perubatan Al-Quran telah menyatakan tentang proses kejadian bayi yang bermula daripada proses persenyawaan, perkembangan janin, roh, sehingga saat kelahirannya secara jelas dan terperinci 1400 tahun sebelum doktor-doktor di Eropah menemukan proses tersebut.
Oleh itu, ada beberapa prasyarat untuk menjadi manusia luar biasa yang mendahului zamannya, antaranya termasuklah berilmu, berusaha, hidup dalam masyarakat yang cintakan ilmu, dan bagi umat Islam mereka wajib menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama.

Oleh Abdul MAjid bin Yahaya
DS April 2002

MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...