Monday, March 27, 2017

KEMAHIRAN MENDENGAR



PENGENALAN

Kemahiran mendengar adalah proses yang penting dalam pembelajaran dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Seringkali guru gagal mengesan bahawa ada pelajar bukan sahaja tidak faham apa yang diajar oleh guru, malahan mereka tidak berupaya mencatat nota semasa guru mengajar.

DEFINISI

Kemahiran mendengar dan mencatat boleh dipupuk dan dipertingkatkan dengan bantuan dan tumpuan guru agar pelajar menjadi pendengar yang aktif. Pendengar aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa-apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu atau alat pandang dengar.

TUJUAN
  • Mendapat maklumat
  • Mencatat nota
  • Mematuhi arahan
  • Mengecam bunyi
  • Mengenalpasti sesuatu perkara
  • Menjawab soalan
  • Mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
  • Bertindakbalas dengan sewajarnya terhadap perkara  yang didengar
CIRI-CIRI MEMBENTUK PENDENGAR AKTIF
a. Dengar dengan teliti

  • Memastikan pelajar mendengar dengan teliti dan penuh minat.
  • Mendorong pelajar membuat tafsiran sendiri serta menganalisa mengenai fakta-fakta dan   maklumat yang didengar.
b. Tumpukan perhatian

  • Memastikan pelajar tidak melakukan aktiviti lain semasa guru mengajar dan menenangkan diri.
  • Menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
  • Menghindari gangguan.
  • Sentiasa dalam keadaan bersedia.
c. Tindakbalas Guru

  • Memandu pelajar supaya mengenalpasti isi-isi penting semasa guru mengajar.
  • Memberikan penjelasan yang jelas terhadap istilah-istilah baru, konsep, kemahiran dan perkara  penting agar pelajar dapat memahami dengan baik.
  • Melatih pelajar membuat gambaran mental mengenai tajuk-tajuk/isu perbincangan.
  • Membimbing pelajar membuat catatan isi, fakta dan maklumat penting.
  • Latih pelajar membuat lakaran dan catatan ringkas mangikut bentuk-bentuk tulisan / grafik   serta bentuk-bentuk lain (gambar rajah, data, jadual dan lain-lain).
d. Tindakbalas Murid
  • Kenalpasti butiran / isi / konsep penting.
  • Memahami dengan baik.
  • Buat gambaran mental - kaitkan dengan pengalaman sendiri.
  • Catatkan isi, fakta dan maklumat.
  • Buat lakaran / catatan ringkas.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES MENDENGAR DENGAN BERKESAN

a. Guru perlu mengambil perhatian mengenai :

  • Keadaan fizikal pelajar seperti suara dan pendengaran pelajar.
  • Situasi pelajar - mengantuk, letih, bosan, kurang bermotivasi dan sebagainya.
  • Jarak kedudukan pelajar dengan guru / penyampai.
  • Tempat sesuai dan selesa serta tiada gangguan luaran.
  • Gaya penyampaian guru mestilah menarik, tidak terlalu laju dan ada intinasi / nada yang berbeza-beza.
  • Jangan ada prasangka terhadap pelajar.
b. Pelajar dalam keadaan bersiap sedia dari segi :
  • Fizikal dan mental, minda yang tenang serta otak yang cerdas.
  • Persediaan awal pelajar terutama tentang topik yang dibincangkan (bacaan awal).
  • Peralatan yang cukup seperti pen, pensil, buku nota, buku dan sebagainya.
  • Kedudukan pelajar dalam keadaan yang selesa dan dapat mendengar pengajaran guru dengan jelas.
  • Guru dapat menarik perhatian pelajar.
  • Menggalakkan penglibatan pelajar.
  • Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir dan membuat jangkaan tentang topik / isu yang hendak disampaikan.
  • Guru membuat penekanan / mengulang isi, fakta atau maklumat penting untuk membantu kefahaman pelajar.
  • Guru cuba mengelakkan dari melakukan aktiviti lain yang boleh mengganggu pendengaran dan tumpuan pelajar.
  • Mengarahkan pelajar mencatat segala isi, fakta dan maklumat yang diberikan oleh guru.
  • Guru harus mengelak keluhan pelajar yang mungkin timbul kerana mereka tidak dapat mencatat apa yang disampaikan oleh guru.

6 PANDUAN UTAMA (GURU)

D - Duduk ditempat yang sesuai supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas
           Dahului konsep yang hendak disampaikan.

E - Elakkan dari pemesongan topik / keluar dari topik perbincangan yang diajar.

N - Nota / catatab perlu dibuat oleh pelajar.

G - Galakkan pelajar berfikir dan terlibat dalam topik perbincangan.

A - Aktif dan ambil perhatian apa-apa yang didengar.

R - Ringkas dan tarik perhatian pelajar sepenuhnya kepada tajukpengajaran / perbincangan anda.


   
6 PANDUAN UTAMA (PELAJAR)

D - Dengar apa yang hendak disampaikan.
            Duduk di tempat yang sesuai.

E - Elak memikirkan perkara lain.
           Elak bertanya kawan sebelah.

N - Notakan tentang isi penting - pantas, ringkas, padat

G - Galakkan berfikir tentang tajuk.

A - Aktif - bertanya untuk mendapat maklumat tambahan / penjelasan lanjut
            Ambil perhatian.

Renungkan / tumpukan perhatian

Monday, February 6, 2017

JOM TANGANI STRES 2

PENYELESAIAN MASALAH

ANDA TERTEKAN?

"IDEAL" KAN KEHIDUPAN ANDA

I
IDENTIFY
Kenalpasti masalah. Beri keutamaan jika ada lebih dari satu masalah.


D
DESCRIBE
Menerangkan cadangan penyelesaian yang ada.


E
EVALUATE
Menilai setiap cadangan penyelesaian yang telah diterangkan. Nilai kelebihan dan kekurangan pilihan yang ada.


A
ACTION
Bertindak mengikut pilihan yang dibuat. Buat keputusan mengikut pilihan yang dibuat.

L
LEARN
Semak semula keberkesanan tindakan yang diambil. Pengajaran dari keputusan yang dibuat.


JIKA ANDA MENGANGGAP MASALAH ITU TIDAK BOLEH DISELESAIKAN, KENDALIKAN EMOSI ANDA SECARA POSITIF

Wednesday, January 11, 2017

KEMAHIRAN BELAJAR



APA ITU KEMAHIRAN BELAJAR?

Menurut Kamus Dewan (1996) ‘Kemahiran’ ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian. ‘Belajar’ pula diertikan sebagai ‘usaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu atau menjalani latihan’ dan sebagainya. Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran belajar adalah ‘kecekapan dan usaha `gigih untuk memperolehi ilmu pengetahuan’.
Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula daripada menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya  memproses maklumat. Kemahiran belajar juga merupakan kemahiran asas kepada seseorang untuk menerokai dan menguasai ilmu yang dipelajarinya. Oleh yang demikian, setiap pendidik perlulah menguasai ilmu Kemahiran Belajar sebelum beliau sendiri dapat mencurahkan ilmu kepada para pelajar. 
Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang dipraktikkan oleh pelajar  bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran. Kajian Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka.
Selain itu, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif ialah apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Di samping itu, Selmes (1987) menyatakan bahawa  Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar bererti kebolehan atau kecekapan yang patut dikuasai oleh setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Tuesday, February 16, 2010

HIKMAH SENYUMAN

Senyuman itu sedekah,
Senyum adalah sifat dan nilai keperibadian seorang insan yang mulia,
Senyuman adalah penawar yang mujarab,
Senyuman membisikkan doa selamat,
Senyuman membuahkan perasaan kasih sayang,
Senyuman adalah kunci kedamaian.

RENUNG-RENUNGKAN LAH.....


Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya........

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Tuhan adalah sama seperti orang lain.
  2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  3. Apa kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan tugas.
Insyaallah, anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda! Sesungguhnya anda adalah insan yang mulia, yang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusaha untuk mendapatkan hasilnya.

PROGRAM BULAN FEBRUARI


AKU JANJI MURID TINGKATAN 3 & 5


Tarikh : 9 Februari 2010 (Tingkatan 3)
11 Februari 2010 (Tingkatan 5)


Dikendalikan oleh : Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff, GC Bimbingan dan Kaunseling, Pn. Lim Yoke Moi, Guru Kaunseling, Cik Norhayati bt. Ismail dan Cik Nurhamizah bt. Mustafa, Guru Pelatih Kaunseling

Program dimulakan dengan ceramah oleh En. Abdul Jani bin Md Tahar. Datin Hjh Hadijah bt. Amir, Pengetua SMK Alor Akar meneruskan program dengan menunjukkan profil sekolah serta 'ranking' murid mengikut aliran agar murid lebih bersedia untuk mencapai target...Datin pengetua juga memberikan kata-kata semangat kepada murid agar mereka lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan.Setelah mendengar amanat yang diberikan oleh Datin Pengetua, murid telah menandatangani borang aku janji di hadapan Datin Pengetua...Borang tersebut telah ditulis TOV dan target murid...Semoga anak-anak didik yang dikasihi mencapai target yang telah dibuat...

Terima kasih atas kerjasama daripada guru-guru yang telah bersama-sama dengan murid-murid sepanjang program ini dijalankan..

SOKONGAN DAN DOA DARIPADA GURU-GURU SENTIASA BERSAMA ANAK-ANAK DIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN...SEMOGA KALIAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN SAHSIAH....

MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...