Monday, February 6, 2017

JOM TANGANI STRES 2

PENYELESAIAN MASALAH

ANDA TERTEKAN?

"IDEAL" KAN KEHIDUPAN ANDA

I
IDENTIFY
Kenalpasti masalah. Beri keutamaan jika ada lebih dari satu masalah.


D
DESCRIBE
Menerangkan cadangan penyelesaian yang ada.


E
EVALUATE
Menilai setiap cadangan penyelesaian yang telah diterangkan. Nilai kelebihan dan kekurangan pilihan yang ada.


A
ACTION
Bertindak mengikut pilihan yang dibuat. Buat keputusan mengikut pilihan yang dibuat.

L
LEARN
Semak semula keberkesanan tindakan yang diambil. Pengajaran dari keputusan yang dibuat.


JIKA ANDA MENGANGGAP MASALAH ITU TIDAK BOLEH DISELESAIKAN, KENDALIKAN EMOSI ANDA SECARA POSITIF

Wednesday, January 11, 2017

KEMAHIRAN BELAJAR



APA ITU KEMAHIRAN BELAJAR?

Menurut Kamus Dewan (1996) ‘Kemahiran’ ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian. ‘Belajar’ pula diertikan sebagai ‘usaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu atau menjalani latihan’ dan sebagainya. Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran belajar adalah ‘kecekapan dan usaha `gigih untuk memperolehi ilmu pengetahuan’.
Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula daripada menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya  memproses maklumat. Kemahiran belajar juga merupakan kemahiran asas kepada seseorang untuk menerokai dan menguasai ilmu yang dipelajarinya. Oleh yang demikian, setiap pendidik perlulah menguasai ilmu Kemahiran Belajar sebelum beliau sendiri dapat mencurahkan ilmu kepada para pelajar. 
Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang dipraktikkan oleh pelajar  bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran. Kajian Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka.
Selain itu, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif ialah apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Di samping itu, Selmes (1987) menyatakan bahawa  Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar bererti kebolehan atau kecekapan yang patut dikuasai oleh setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Tuesday, February 16, 2010

HIKMAH SENYUMAN

Senyuman itu sedekah,
Senyum adalah sifat dan nilai keperibadian seorang insan yang mulia,
Senyuman adalah penawar yang mujarab,
Senyuman membisikkan doa selamat,
Senyuman membuahkan perasaan kasih sayang,
Senyuman adalah kunci kedamaian.

RENUNG-RENUNGKAN LAH.....


Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya........

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Tuhan adalah sama seperti orang lain.
  2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  3. Apa kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan tugas.
Insyaallah, anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda! Sesungguhnya anda adalah insan yang mulia, yang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusaha untuk mendapatkan hasilnya.

PROGRAM BULAN FEBRUARI


AKU JANJI MURID TINGKATAN 3 & 5


Tarikh : 9 Februari 2010 (Tingkatan 3)
11 Februari 2010 (Tingkatan 5)


Dikendalikan oleh : Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff, GC Bimbingan dan Kaunseling, Pn. Lim Yoke Moi, Guru Kaunseling, Cik Norhayati bt. Ismail dan Cik Nurhamizah bt. Mustafa, Guru Pelatih Kaunseling

Program dimulakan dengan ceramah oleh En. Abdul Jani bin Md Tahar. Datin Hjh Hadijah bt. Amir, Pengetua SMK Alor Akar meneruskan program dengan menunjukkan profil sekolah serta 'ranking' murid mengikut aliran agar murid lebih bersedia untuk mencapai target...Datin pengetua juga memberikan kata-kata semangat kepada murid agar mereka lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan.Setelah mendengar amanat yang diberikan oleh Datin Pengetua, murid telah menandatangani borang aku janji di hadapan Datin Pengetua...Borang tersebut telah ditulis TOV dan target murid...Semoga anak-anak didik yang dikasihi mencapai target yang telah dibuat...

Terima kasih atas kerjasama daripada guru-guru yang telah bersama-sama dengan murid-murid sepanjang program ini dijalankan..

SOKONGAN DAN DOA DARIPADA GURU-GURU SENTIASA BERSAMA ANAK-ANAK DIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN...SEMOGA KALIAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN SAHSIAH....

Sunday, February 7, 2010

AKTIVITI BULAN JANUARI 2010


CERAMAH PERSEDIAAN DAN MOTIVASI DIRI MURID TINGKATAN 1
28 JANUARI 2010

Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff. Input yang diberikan adalah berkaitan dengan cabaran berada di sekolah menengah dan berkaitan dengan alam remaja....

Semoga ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada murid tingkatan 1 dalam mengharungi kehidupan sebagai murid di sekolah menengah dan menempuh alam remaja....

MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...