Sunday, February 7, 2010
AKTIVITI BULAN JANUARI 2010
CERAMAH PERSEDIAAN DAN MOTIVASI DIRI MURID TINGKATAN 1
28 JANUARI 2010
Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff. Input yang diberikan adalah berkaitan dengan cabaran berada di sekolah menengah dan berkaitan dengan alam remaja....
Semoga ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada murid tingkatan 1 dalam mengharungi kehidupan sebagai murid di sekolah menengah dan menempuh alam remaja....
AKTIVITI BULAN JANUARI 2010
CERAMAH DASAR MERITOKRASI, HALA TUJU DAN MOTIVASI AWAL MURID TINGKATAN 5 DAN PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS
19 JANUARI 2010
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff. Semoga segala input yang diberi dapat menjadi panduan kepada semua murid tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 6 Atas. Pengisian ceramah meliputi dasar meritokrasi, cara pengiraan merit, hala tuju selepas SPM dan STPM berdasarkan subjek yang diambil, berkaitan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak JPA dan meningkatkan motivasi diri murid.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menjayakan program ini....

MINGGU ORIENTASI MURID TINGKATAN 1
5 - 7 Januari 2010
Dikendalikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama "Facilitator Team SMK Alor Akar" (FT SMKAA)....Terima kasih FT SMKAA..."GOOD JOB"...
Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini...
Semoga murid tingkatan 1 menjadi murid yang sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dan mengharumkan nama ibu bapa, guru dan sekolah...
Saturday, January 2, 2010
BERLUMBA DENGAN ZAMAN
Vincent Van Gogh dilahirkan pada tahun 1853 dan meninggal dunia pada tahun 1890. Bagi orang yang belajar bidang seni lukis atau meminati lukisan pasti pernah terdengar akan nama ini. Van Gogh merupakan salah seorang pelukis yang tersohor sehingga kini. Namun kemasyhuran yang beliau kecapi hanya selepas kematiannya. Semasa hayatnya karya-karya beliau kurang mendapat pengiktirafan. Selepas kematiannya, karya beliau dinilai sebagai luar biasa dan harganya kini mencecah jutaan ringgit.
Hal yang sama juga berlaku di Malausia. P.Ramlee, contohnya sebahagian besar karya-karya beliau kini dianggap sebagai lagenda dalam bidang perfileman. Malah beliau beroleh gelaran Tan Sri selepas bertahun-tahun meninggalkan kita.
Dua contoh di atas merupakan sebahagian daripada ratusan senarai manusia yang disifatkan luar biasa dan berfikiran jauh ke hadapan berbanding orang lain. Sebut sahaja nama seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Galileo, Leonardo da Vinci dan sebagainya, mereka bukan sahaja mendahului zaman bahkan, hasil idea mereka telah dimajukan dan digunakan dalam kehidupan sehari-hari masyarakat zaman ini.
Bagaimanakah untuk menjadi seperti tokoh tersebut? Salah satu caranya ialah dengan ilmu. Walau bagaimanapun ilmu sahaja belum tentu menjamin kejayaan jika tidak disertai dengan usaha yang kuat dan keinginan yang jitu. Usaha dan keinginan perlu disokong pula oelh keadaan persekitarannya, yakni masyarakat yang ada di sekeliling kita. Manusia yang hebat seperti ini hanya boleh dilahirkan jika masyarakat di sekelilingnya juga mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan erti kata lain kejayaan tokoh-tokoh tersebut kerana mereka hidup pada zaman orang mencintai ilmu lebih daripada segala-galanya.
Jika anda melihat negara Jepun, anda akan menemukan sederet nama-nama seperti Honda, Mitsubishi, Toyota, dan pelbagai nama lagi yang berjaya menguasai ekonomi dunia. Kejayaan mereka di doroang oleh sifat masyarakat Jepun yang taksub dengan ilmu, kerja kuat, dan semangat untuk memajukan negara, di samping polisi dan sokongan kerajaan terhadap apa-apa juga industri. Maka tidak hairanlah dalam tempoh yang singkat Jepun berjaya menjadi gergasi dalam ekonomi dunia.
Berbalik kepada kisah manusia luar biasa tadi, yang berkemampuan berfikir mendahului zamannya, kebiasaannya mereka sering dikritik ketika hidupnya kerana idea-idea yang dikemukakan agak pelik atau lebih tepat lagi 'tidak masuk akal'. Sebagaimana Yang Amat Berhormat Dato' Dr. Mahadhir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang sering dikritik oleh masyarakat antarabangsa tentang gagasan dan pemikirannya, namun idea tersebut sebenarnya baik dan boleh dilaksanakan.
Bagi umat Islam pula, kitab Al-Quran merupakan rujukan yang mendahului zamannya. Sebagai contoh, dalam bidang perubatan Al-Quran telah menyatakan tentang proses kejadian bayi yang bermula daripada proses persenyawaan, perkembangan janin, roh, sehingga saat kelahirannya secara jelas dan terperinci 1400 tahun sebelum doktor-doktor di Eropah menemukan proses tersebut.
Oleh itu, ada beberapa prasyarat untuk menjadi manusia luar biasa yang mendahului zamannya, antaranya termasuklah berilmu, berusaha, hidup dalam masyarakat yang cintakan ilmu, dan bagi umat Islam mereka wajib menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama.

Oleh Abdul MAjid bin Yahaya
DS April 2002
Monday, December 7, 2009
KENALI DIRI
Mengetahui anugerah Allah kepada diri.
- Setiap orang ada kelebihan-kelebihan tertentu yang tidak dipunyai oleh orang lain.
- Anugerah yang terpenting bagi manusia ialah bakat-bakat tertentu dan mempergunakannya dengan sebaik-baiknya.
- Memahami diri dan mengenal pasti keupayaan-keupayaan yang dimiliki, kemudian gembleng secukup-cukupnya.
Wednesday, December 2, 2009
DASAR PENGAMBILAN BAGI KELAYAKAN SETARAF STPM
Peluang bagi Lepasan Diploma sememangnya wujud pada setiap tahun untuk mereka yang mempunyai keputusan cemerlang. Namun begitu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin menjelaskan bahawa penawaran Program Diploma ini adalah bermatlamat untuk mengisi kekosongan tenaga sepenuh masa atau separa profesional dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Laluan ke Program Ijazah Pertama yang lazim digunakan dalam mana-mana sistem pendidikan adalah program berbentuk STPM dan Matrikulasi.
Dalam proses pengambilan Lepasan Diploma untuk Program Ijazah Pertama di IPTA, kebanyakan yang diterima masuk adalah layak untuk kemasukan ke tahun kedua program tersebut berasaskan kepada pemindahan kredit. Dengan ini pemilihan mereka dilakukan secara berasingan dengan kumpulan lepasan STPM dan Matrikulasi. Bilangan tempat yang disediakan tidak termasuk dalam bilangan tempat pengambilan lepasan STPM/setaraf. Lepasan Diploma dalam bidang kejuruteraan yang dipilih untuk program Ijazah Pertama Kejuruteraan berkenaan adalah contoh bagi kes ini. Mereka layak untuk pemindahan kredit dan akan terus ke tahun kedua.
Bagi Lepasan Diploma yang memohon ke program Ijazah Pertama dalam bidang yang berlainan dan tidak layak untuk pemindahan kredit, maka mereka terpaksa bersaing untuk kemasukan ke tahun pertama. Dengan ini pemilihan mereka akan bersama dengan calon lepasan STPM dan Matrikulasi. Dalam kes ini lepasan STPM dan Matrikulasi akan diberi keutamaan. Conoth untuk kes sebegini adalah Lepasan Diploma Sains yang memohon Program Ijazah Pertama Kejuruteraan. Mereka hanya layak ke tahun pertama, dan dengan ini mereka perlu bersaing dengan Lepasan STPM dan Matrikulasi.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
- Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Julai 2006, latihan perguruan bagi guru yang akan ditempatkan di sekolah rendah akan dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala latihan bagi guru yang akan dibekalkan ke Sekolah Menengah, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Kolej Komuniti akan dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
- Mulai sesi akademik 2007/2008 dalam usaha untuk melahirkan Guru Standard Malaysia, seseorang calon yang ingin menceburi bidang profesion perguruan perlulah menduduki dan lulus Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) dan temu duga bagi melayakkan mereka mengikuti latihan perguruan di IPG. Bagi calon guru sekolah menengah mereka dikehendaki menduduki dan lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga bagi melayakkan mereka mengikuti program ISMP di IPTA.
PERHATIAN:
Apa pun maklumat ini tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...
-
Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Tuhan adalah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Apa keku...
-
MINGGU ORIENTASI MURID TINGKATAN 1 5 - 7 Januari 2010 Dikendalikan oleh Pn. Cr. Shireen bt. Abdul Latiff, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kauns...