Tuesday, April 11, 2017

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

DEFINISI KOMUNIKASI
  • Proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej.
  • Proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan.
  • Proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

A. Komunikasi yang berkesan merangkumi :
  • Penerangan yang jelas.
  • Menunggu giliran untuk bercakap.
  • Membantah dengan tenang.
  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas.
  • Duduk tegak.
  • Berkomunikasi dengan nada biasa.
  • Bercakap bila perlu.
  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah.
  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian.
  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain.

B. Kemahiran mendengar
  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka.
  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Beri sepenuh perhatian.
  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti "oh" atau "umm-hmm".
  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan ditunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan.
C. Keperluan berkomunikasi
  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik.
  • Anda akan mendapat ramai kawan.
  • Anda akan lebih difahami.
  • Anda akan lebih baik di sekolah.

BERKAWAN DAN MENJALINKAN PERSAHABATAN

A. DEFINISI KAWAN
  • Kawan ialah orang yang boleh anda harapkan seperti:
    • Menemani anda semasa anda keseorangan dan bersediamembantu anda bila masa sahaja yang diperlukan.
    • Boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama anda.
    • Sedia membantu agar anda merasa senang dan terhibur.
    • Bersedia menemani anda untuk aktiviti sosial seperti makan, menonton dan bersantai.
    • Dapat memberikan sokongan emosi yang diperlukan menjadi pendengar yang baik, berempati, memberi keyakinan, nasihat, cadangan dan sentiasa memberi galakkan serta mengambil berat tentang diri anda.
    • Bersedia untuk memberi anda pengetahuan atau peristiwa-peristiwa terkini.
    • Dapat memberikan peraan diri anda dipunyai dan diperlukan dalam kumpulan sosial.
B. PERSEDIAAN DIRI SEBELUM MENJALINKAN PERSAHABATAN
  • Anda mungkin memikirkan mengenai:
    • Bagaimanakah kawan yang saya inginkan?
    • Di manakah boleh saya bertemu mereka?
    • Apa yang akan saya bualkan dengan mereka?
    • Apa yang perlu saya katakan atau lakukan supaya mereka menjadi kawan saya?
    • Apakah akan saya lakukan jika saya tidak diterima sebagai kawannya?

  • Berlatihlah dengan seseorang yang boleg anda percayai. Jika cara yang anda lakukan tidaksukses (berjaya), tukar dan cuba dengan cara yang lain pula.
C. PANDUAN MEMULAKAN PERSAHABATAN
  • Mulakan perkenalan dan cuba kenali mereka.
  • Tegur dan beri salam serta perkenalkan diri anda.
  • Bertanyakan tantang diri mereka (Contoh: datang dari masan, apa kegemaran mereka).
  • Dengar penjelasan mereka dengan penuh minat.
  • Cuba cari topik biasa untuk dibualkan atau ajak mereka bermain bersama anda.

  • Jika kita menunjukkan minat untuk mendekati seseorang, mereka kan rasa diperlukan. Walau bagaimanapun elakkan meminta informasi yang mungkin agak personal yang mereka enggan beritahu anda. Hormati keputusan atau tindakan mereka yang enggan memberitahu anda mengenai sesuatu perkara. Jangan memaksa.
D. PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PERSAHABATAN
  • Memanggil atau memberi gelaran nama yang negatif yang tidak disukainya.
  • Suka bertekak dan cepat memberi kata putus.
  • Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain walaupun diri sendiri tidak mempunyai idea.
  • Berlagak dan sentiasa mengarah.
  • Bercerita tentang diri sendiri sahaja.
  • Suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain.
  • Bersikap negatif dan suka menyindir.
  • Kedekut.
  • Suka menunjuk-nunjuk dan bercakap besar.
  • Suka buli orang dan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukainya.
  • Bercakap bohong atau penipu.
  • Jangan berprasangka buruk (nonjugemental).
E. MENANGANI KESAN DISISIHKAN KAWAN
  • Kadang-kadang orang tidak berminat untuk berkawan dengan anda. Jangan rasa tersinggung, sedih, atau marah.
  • Cara untuk menangani kesan disisihkan.
    • Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk anda mendekatinya.
    • Walaupun dia enggan menerima anda sebagai kawannya, pastikan anda tidak memusuhinya.
    • Berkatalah pada diri anda sendiri:
      • "Walaupun saya tidak suka disisihkan oleh kawan, saya dapat mengatasinya".
      • "Tidak mengapa, saya boleh menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Sunday, April 2, 2017

KEMAHIRAN MEMBACA

TUJUAN
Antara tujuan membaca ialah untuk:

  1. mengetahui isi-isi penting, konsep dan keterangan sesuatu tajuk.
  2. menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.
  3. memastikan gambar rajah yang perlu dilukis dan difahami supaya mudah diingati.
  4. mengetahui formula, rumusan dan persamaan yang perlu diingati dan difahami serta bagaimana dan bila perlu digunakan.
  5. mengetahui jenis dan bentuk soalan yang perlu dijadikan bahan latihan agar dapat menambah kefahaman dan daya ingatan terhadap konsep, fakta dan contoh berkaitan.


MEMBACA PANTAS

TEKNIK BACAAN PANTAS

MEMBACA SECARA MENGIMBAS LALU (SKIMMING)
  • Memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum, idea-idea khusus sengaja diabaikan.
  • Fokus diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
  • 3 cara Bacaan Skimming
    • Cara Menegak
    • Cara Mendatar
    • Cara Memenjuru

MEMBACA SECARA MENGIMBAS TELITI (SCANNING)
  • Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.
  • Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentuyang difikirkan kurang penting.
  • Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh itu, pembacaan cara ini adalah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
  • 3 cara Bacaan Scanning iaitu:
    • Cara Menegak
    • Cara Mendatar
    • Cara Memenjuru

MEMBACA SECARA KRITIS
1. Membaca secara kritis terdiri daripada 
    
    i.   Reseptif - untuk mendapatkan maklumat keseluruhan yang lengkap dan baik. Bacaan ini 
         memakan masa dan mendalam.
    ii.  Intensif - untuk mendapatkan maklumat keseluruhan dengan lebih mendalam.  Membaca 
         dilakukan sambil membuat catatan. Oleh itu, kadar bacaan sangat lambat dan memakan masa.

2. Teknik Membca Kritis Menggunakan SQ3R (Survey, Question, Read, Recite/Write, Review) 
  • Teknik ini membantu kita memahami dengan cepat sesuatu topik yang dibaca dan lebih kekal dalam ingatan.
  • SQ3R merupakan satu cara membaca sesuatu bahan dengan kritis dan analisis. Menurut teknik ini terdapat 5 langkah yang perlu diikuti semasa membaca sesuatu teks iaitu :
  1. Tinjauan (Survey)
  2. Menyoal (Question)
  3. Membaca (Read)
  4. Melafaz dan Menulis (Recite & Write)
  5. Mengulangkaji (Review)

LANGKAH 1: Tinjauan (Survey)
  • Teliti semua tajuk bagi bab tersebut
  • Perhatikan tajuk utama dan tajuk kecil
  • Perhatikan graf, rajah, carta, peta, serta gambar jika ada
  • Baca bahagian pendahuluan dan penutup
  • Cari soalan atau aktiviti yang dicadangkan pada awal dan akhir bab tersebut
LANGKAH 2 : Menyoal (Question)
  • Mulakan pada bahagian atau perenggan pertama bab tersebut atau merujuk kepada tajuk-tajuk utama.
  • Memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan.
  • Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperolehi dari bahan terssebut.
  • Menjadi garis panduan semasa membaca.
  • Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut (semasa membaca)
  • Membina soalan dengan menggunakan 1 husband 5 wife iaitu:
    • How (Bagaimana)
    • What (Apa)
    • Who (Siapa)
    • When (Bila)
    • Where (Di mana)
    • Why (Kenapa)
LANGKAH 3 : Membaca (Read)
  • Baca dari baris ke baris bab tersebut sehingga tamat.
  • Ulang semula dan tandakan (gariskan/ bulatkan/ buat tanda soal/ warnakan atau lain-lain tanda yang sesuai), setiap fakta menjawab soalan yang dibina dalam langkah 2.
  • Perhatikan juga kata kunci, gagasan dan kesimpulan pengarang.
  • Ulang bacaan jika perlu.
LANGKAH 4 : Lafaz dan Tulis (Recite & Write)
  • Berhenti seketika untuk mengingati semula apa yang telah dibaca.
  • Ulang dengan menyebut/ melafaz isi penting / fakta yang digarisi dan ditulis semula isi penting atau fakta tersebut.
  • Tulis jawapan kepada semua soalan yang dibina dengan merujuk kepada isi penting atau fakta yang ditanda atau ditulis.
LANGKAH 5 : MENGULANGKAJI (Review)
  • Semak semula apa-apa yang telah dibaca
  • Baca semula setiap tajuk utama
  • Perhatikan tulisan yang bertanda (fakta / isi penting)
  • Baca jawapan anda dengan suara yang boleh didengar
  • Tulis nota ringkas, sebaiknya dalam bentuk peta minda
  • Buat penilaian bagi bab yang telah anda baca.

MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...