Sunday, April 2, 2017

KEMAHIRAN MEMBACA

TUJUAN
Antara tujuan membaca ialah untuk:

  1. mengetahui isi-isi penting, konsep dan keterangan sesuatu tajuk.
  2. menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.
  3. memastikan gambar rajah yang perlu dilukis dan difahami supaya mudah diingati.
  4. mengetahui formula, rumusan dan persamaan yang perlu diingati dan difahami serta bagaimana dan bila perlu digunakan.
  5. mengetahui jenis dan bentuk soalan yang perlu dijadikan bahan latihan agar dapat menambah kefahaman dan daya ingatan terhadap konsep, fakta dan contoh berkaitan.


MEMBACA PANTAS

TEKNIK BACAAN PANTAS

MEMBACA SECARA MENGIMBAS LALU (SKIMMING)
  • Memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum, idea-idea khusus sengaja diabaikan.
  • Fokus diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
  • 3 cara Bacaan Skimming
    • Cara Menegak
    • Cara Mendatar
    • Cara Memenjuru

MEMBACA SECARA MENGIMBAS TELITI (SCANNING)
  • Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.
  • Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentuyang difikirkan kurang penting.
  • Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh itu, pembacaan cara ini adalah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
  • 3 cara Bacaan Scanning iaitu:
    • Cara Menegak
    • Cara Mendatar
    • Cara Memenjuru

MEMBACA SECARA KRITIS
1. Membaca secara kritis terdiri daripada 
    
    i.   Reseptif - untuk mendapatkan maklumat keseluruhan yang lengkap dan baik. Bacaan ini 
         memakan masa dan mendalam.
    ii.  Intensif - untuk mendapatkan maklumat keseluruhan dengan lebih mendalam.  Membaca 
         dilakukan sambil membuat catatan. Oleh itu, kadar bacaan sangat lambat dan memakan masa.

2. Teknik Membca Kritis Menggunakan SQ3R (Survey, Question, Read, Recite/Write, Review) 
  • Teknik ini membantu kita memahami dengan cepat sesuatu topik yang dibaca dan lebih kekal dalam ingatan.
  • SQ3R merupakan satu cara membaca sesuatu bahan dengan kritis dan analisis. Menurut teknik ini terdapat 5 langkah yang perlu diikuti semasa membaca sesuatu teks iaitu :
  1. Tinjauan (Survey)
  2. Menyoal (Question)
  3. Membaca (Read)
  4. Melafaz dan Menulis (Recite & Write)
  5. Mengulangkaji (Review)

LANGKAH 1: Tinjauan (Survey)
  • Teliti semua tajuk bagi bab tersebut
  • Perhatikan tajuk utama dan tajuk kecil
  • Perhatikan graf, rajah, carta, peta, serta gambar jika ada
  • Baca bahagian pendahuluan dan penutup
  • Cari soalan atau aktiviti yang dicadangkan pada awal dan akhir bab tersebut
LANGKAH 2 : Menyoal (Question)
  • Mulakan pada bahagian atau perenggan pertama bab tersebut atau merujuk kepada tajuk-tajuk utama.
  • Memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan.
  • Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperolehi dari bahan terssebut.
  • Menjadi garis panduan semasa membaca.
  • Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut (semasa membaca)
  • Membina soalan dengan menggunakan 1 husband 5 wife iaitu:
    • How (Bagaimana)
    • What (Apa)
    • Who (Siapa)
    • When (Bila)
    • Where (Di mana)
    • Why (Kenapa)
LANGKAH 3 : Membaca (Read)
  • Baca dari baris ke baris bab tersebut sehingga tamat.
  • Ulang semula dan tandakan (gariskan/ bulatkan/ buat tanda soal/ warnakan atau lain-lain tanda yang sesuai), setiap fakta menjawab soalan yang dibina dalam langkah 2.
  • Perhatikan juga kata kunci, gagasan dan kesimpulan pengarang.
  • Ulang bacaan jika perlu.
LANGKAH 4 : Lafaz dan Tulis (Recite & Write)
  • Berhenti seketika untuk mengingati semula apa yang telah dibaca.
  • Ulang dengan menyebut/ melafaz isi penting / fakta yang digarisi dan ditulis semula isi penting atau fakta tersebut.
  • Tulis jawapan kepada semua soalan yang dibina dengan merujuk kepada isi penting atau fakta yang ditanda atau ditulis.
LANGKAH 5 : MENGULANGKAJI (Review)
  • Semak semula apa-apa yang telah dibaca
  • Baca semula setiap tajuk utama
  • Perhatikan tulisan yang bertanda (fakta / isi penting)
  • Baca jawapan anda dengan suara yang boleh didengar
  • Tulis nota ringkas, sebaiknya dalam bentuk peta minda
  • Buat penilaian bagi bab yang telah anda baca.

MEMBENTUK MATLAMAT CEMERLANG KEPENTINGAN MEMBINA MATLAMAT 1. MENGETAHUI KEBOLEHAN DIRI Apabila sesuatu matlamat dibina, kita akan...